Pembayaran Yang Tertakluk kepada Caruman PERKESO
“Gaji” untuk tujuan caruman merujuk kepada semua imbuhan yang perlu dibayar dalam bentuk wang oleh majikan kepada pekerja.
Ini termasuk:
- Gaji Asas
- Bayaran kerja lebih masa
- Komisyen
- Bayaran cuti yang berkenaan
- Caj perkhidmatan
Pembayaran Yang Mendapat Pelepasan Caruman Daripada PERKESO
Pembayaran di bawah tidak dianggap “gaji” dan tidak termasuk dalam pengiraan untuk potongan bulanan:
- Sebarang caruman yang perlu dibayar oleh majikan ke atas mana-mana dana pencen atau simpanan
- Sebarang elaun perjalanan
- Sebarang ganjaran yang perlu dibayar semasa berhenti kerja atau persaraan pekerja
- Sebarang jumlah yang dibayar untuk menampung perbelanjaan yang ditanggung oleh pekerja semasa menjalankan tugasnya.
- Bonus tahunan
- Hadiah – seperti bayaran tunai untuk cuti seperti Hari Raya, Hari Krismas
Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori secara automatik dengan mudah. Tempah demo sekarang untuk maklumat lanjut.