Anda boleh mengedit profil berbilang pekerja secara serentak di Employees > Bulk Upload > Edit Employees. Kemudahan mengedit maklumat pekerja pukal ini hanya tersedia untuk pelan Pro.
Klik Download Sheet untuk memuat turun templat.
Dalam helaian templat, anda boleh mengedit mana-mana butiran di profil pekerja, seperti butiran peribadi cth nombor kad pengenalan, maklumat pekerjaan seperti jumlah gaji, atau maklumat statutori dan juga maklumat tanggungan anak. Anda juga boleh memasukkan butiran penamatan kerja bagi mana-mana pekerja yang anda ingin arkibkan.
Sebaik sahaja anda telah mengisi helaian dan memuat turunnya sebagai csv, klik pada Next dalam akaun PayrollPanda anda untuk memuat naik templat yang diedit. Anda akan menerima mesej yang menunjukkan fail telah berjaya dimuat naik.
Klik Next untuk teruskan dan anda boleh membuat semakan data yang telah diedit pada langkah terakhir.