Untuk setiap pekerja, kita akan mulai dengan gaji kasar bulanan.
Kemudian, anda perlu kira cukai, pencen, dan caruman keselamatan sosial untuk mendapatkan gaji bersih bulanan:
- PCB: potongan cukai bulanan berdasarkan pendapatan tahunan sementara dengan kadar cukai progresif sehingga 30%; perlu dibayar ke LHDN sebelum 15hb bulan berikutnya.
- KWSP: caruman skim persaraan; pekerja mencarum pada kadar 11% untuk warganegara berusia 60 kebawah; majikan turut mencarum pada kadar 12%/13% bergantung pada gaji; perlu dibayar kepada KWSP sebelum 15hb bulan berikutnya.
- SOCSO: perlindungan keselamatan sosial sekiranya berlaku kecederaan/keilatan; untuk skim utama (warganegara bawah 60) pekerja mencarum 0.5% dan majikan pada 1.75%; perlu dibayar kepada PERKESO sebelum 15hb bulan berikutnya.
- SIP: skim insurans pekerjaan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang diberhentikan; warganegara yang berusia 18 hingga 60 dengan caruman sebanyak 0.2% dan caruman majikan sebanyak 0.2% juga; perlu dibayar kepada PERKESO sebelum 15hb bulan berikutnya.
Borang-borang berikut mesti disediakan setiap tahun:
- Borang EA perlu diberikan kepada setiap pekerja dengan memperincikan pendapatan dan caruman mereka pada tahun tersebut; sebelum akhir Februari tahun berikutnya.
- Borang E pula memperincikan pendapatan dan caruman semua pekerja untuk difailkan secara dalam talian kepada LHDN selewat-lewatnya 31 Mac tahun berikutnya.
Nampaknya ia adalah 205 patah perkataan, tetapi sekiranya anda masih tertanya-tanya bagaimana untuk mengira PCB, pembayaran mana yang dikecualikan daripada KWSP, atau sama ada warga asing perlu mencarum di SOCSO, anda boleh memuat turun panduan A hingga Z kami untuk Penggajian Malaysia!
Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!