Dengan PayrollPanda, anda boleh jana fail bank untuk dimuat naik ke portal UOB bank untuk pembayaran dan penyerahan gaji dan caruman berkanun.

Tetapan dalam PayrollPanda

Masukkan butiran akaun bank syarikat anda dengan pergi ke Settings > Company Settings > Bank Details dan klik ikon pensel. Pilih United Overseas Bank (M) Bhd dan masukkan butiran akaun syarikat anda. Anda perlu hubungi pihak UOB untuk mendapatkan Company ID anda. Jika anda pilih IFT sebagai Payment/Transaction Type, semua akaun bank pekerja mestilah milik UOB.

Sebelum anda menjalankan payroll, sila pastikan butiran akaun bank pekerja telah dimasukkan di bahagian Payment Information dalam profil mereka untuk menjana fail bank bagi pembayaran gaji. Pilih Bank Transfer sebagai Payment method dan masukkan butiran akaun bank pekerja.

Anda boleh memuat turun fail bank di bawah tab Bank Payment selepas meluluskan payroll anda. Tarikh pengkreditan diperlukan untuk fail bayaran gaji serta fail bayaran caruman berkanun anda, di mana tarikh tersebut adalah tarikh pembayaran perlu dibuat kepada penerima.

Tetapan dalan portal UOB Infinity

Untuk penyerahan caruman KWSP dan SOCSO kali pertama melalui portal bank anda, anda dikehendaki memuat naik fail ujian untuk pengesahan sebelum pembayaran sebenar. Anda boleh menggunakan fail bank KWSP dan SOCSO sebenar yang dijana oleh PayrollPanda untuk diserahkan sebagai fail ujian. Anda perlu pilih EPF Payment Employee (Certification) dan SOCSO Certification apabila memuat naik fail ujian tersebut. Anda boleh meneruskan untuk memuat naik fail pembayaran sebenar apabila status fail telah berubah kepada Approved.

Sila rujuk halaman 18 untuk panduan cara memuat naik fail secara pukal: Bulk Payments (How to Upload Bulk Files).

Langkah-langkah dan jenis fail berikut harus dipilih (pembayaran PCB tidak disokong oleh UOB Infinity pada masa ini):

Fail Payroll 
Pay & Transfer > Bulk Transactions > Upload Bulk Files
File Type: IBG Payroll with Payment Advice (Employee)

Fail EPF
Pay & Transfer > Bulk Transactions > Upload Bulk Files
File Type: EPF Payment (Employee)

Fail SOCSO
Services > Send to UOB > Send files to UOB
File Type: SOCSO Monthly Contribution

Fail EIS
Services > Send to UOB > Send files to UOB
File Type: EIS Contribution

Streamline your payroll for FREE!

Experience seamless payroll management at no cost! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.