Dengan PayrollPanda, anda boleh menjana fail bank untuk dimuat naik ke portal Maybank untuk penyerahan dan pembayaran gaji dan caruman berkanun. Kemudahan penjanaan fail bank hanya terdapat pada pelan Pro.
Tetapan dalam PayrollPanda
Masukkan butiran bank syarikat anda dengan pergi ke Settings > Company Settings > Bank Details dan klik ikon pensel. Pilih Maybank (Malayan Banking Berhad) dan pilih jenis akaun anda (Maybank2U atau Maybank2E), kemudian masukkan butiran bank syarikat anda. Anda harus menghubungi Maybank untuk mendapatkan Organisation Code / Originator ID. Sila maklum bahawa pengguna M2U yang tidak mendaftar Maybank Autocredit Software (MAS) boleh masukkan 00000 sebagai Originator ID.
Sebelum menjalankan payroll, sila pastikan anda masukkan butiran bank pekerja anda di bahagian Payment Information dalam profil mereka untuk menjana fail bank gaji. Pilih Bank Transfer sebagai Payment method dan masukkan butiran akaun pekerja.
Anda akan dapat memuat turun fail bank di bawah tab Bank Payment selepas meluluskan payroll anda. Tarikh pengkreditan diperlukan untuk fail bayaran gaji dan fail bayaran caruman berkanun anda, di mana tarikh tersebut adalah tarikh pembayaran perlu dibuat kepada penerima.
Tetapan dalam portal Maybank
1. Maybank2E
Anda perlu pilih Staff Payroll untuk Product dan MY PAY PIPE V4 untuk File Format bagi fail bank gaji anda. Bagi pembayaran caruman berkanun, pilih Statutory Body untuk Product dan MY STAT BODY PIPE untuk File Format.
Untuk penyerahan fail caruman berkanun kali pertama, anda harus memastikan nombor rujukan majikan anda didaftarkan dengan bank. Log masuk ke akaun Maybank2E anda dan pergi ke Administration > Statutory Body > Corporate Statutory Enrollment dan nombor rujukan majikan anda akan dipaparkan jika ianya telah didaftarkan. Sila hubungi bank jika tiada maklumat ditunjukkan atau jika anda pengguna kali pertama.
2. Maybank2u
Cara 1 – Maybank2u Biz (menggunakan Bulk Payment melalui File Upload)
Sila rujuk video Maybank2u Biz di bawah untuk mengetahui cara mendaftar Bulk Payment melalui File Upload dan muat naik fail gaji anda ke akaun Maybank2u Biz.
Bagaimanakah cara mendaftar Online Bulk Payment dalam Maybank2u Biz?
Untuk pembayaran caruman berkanun, pergi ke Statutory Payments > File Upload/Download. Kemudian pilih pembayaran caruman berkanun yang anda ingin lakukan dan muat naik fail yang dijana oleh PayrollPanda.
Jika anda masih belum mendaftar untuk membuat pembayaran caruman berkanun melalui Maybank, sila rujuk langkah 3B dalam panduan ini: Pembayaran Caruman Berkanun melalui M2U Biz.
Cara 2 – Maybank2u Biz MAS (menggunakan Maybank Autocredit Software)
Pergi ke cawangan Maybank berdekatan anda dan buat permohonan untuk dapatkan Maybank Autocredit Software (MAS). Jurutera Maybank akan menetapkan temujanji untuk melawat pejabat anda dan memasang perisian. Proses ini biasanya akan mengambil masa sekitar 2-3 hari bekerja. Anda boleh muat naik fail txt BatchPayment-Payroll MAS yang dijana oleh PayrollPanda dan fail baharu akan dihasilkan yang boleh dimuat naik ke portal Maybank2u Biz.