Dengan PayrollPanda, anda boleh menjana fail bank untuk dimuat naik ke portal AmBank untuk penyerahan dan pembayaran gaji dan caruman berkanun. Kemudahan penjanaan fail bank hanya terdapat pada pelan Pro.

Tetapan dalam PayrollPanda

Masukkan butiran bank syarikat anda dengan pergi ke Settings > Company Settings > Bank Details dan klik ikon pensel. Pilih Ambank Berhad dan masukkan butiran akaun syarikat anda.

Sebelum menjalankan payroll, sila pastikan anda masukkan butiran bank pekerja anda di bahagian Payment Information dalam profil mereka untuk menjana fail bank bagi pembayaran gaji. Pilih Bank Transfer sebagai Payment method dan masukkan butiran akaun pekerja.

Pengguna AmAccess Biz boleh memuat turun fail bank selepas meluluskan payroll mereka tanpa menetapkan tarikh pengkreditan kerana fail AmAccess Biz tidak memerlukan tarikh pengkreditan.

Tetapan dalam portal AmBank

PayrollPanda menjana gaji dan fail bank caruman berkanun untuk AmAccess Biz dan e-AmPayDay.

Untuk membuat pembayaran gaji dan caruman berkanun melalui AmAccess Biz, anda memerlukan akses kepada tab Payroll dalam portal bank anda. Anda harus melengkapkan Service Request Form dan menyerahkannya ke cawangan anda untuk mendapatkan akses ke tab Payroll. Fail yang dijana oleh PayrollPanda untuk AmAccess Biz terdiri daripada satu fail excel dengan tab berasingan untuk gaji dan bayaran caruman berkanun individu.

Terdapat dua jenis fungsi yang boleh anda pilih daripada tab Payroll:

• Pendaftaran Badan Statutori: bagi pengguna kali pertama, fail yang dihasilkan oleh PayrollPanda perlu dimuat naik sebagai fail ujian untuk pendaftaran terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan KWSP dan SOCSO sebelum anda boleh membuat pembayaran caruman yang sebenar.

• Membuat Payroll: sila gunakan fungsi ini untuk membuat pembayaran gaji serta pembayaran statutori setelah anda mendapat kelulusan daripada KWSP dan SOCSO. Anda boleh memuat naik fail excel yang dihasilkan oleh PayrollPanda untuk membuat pembayaran.

Sila tonton video ini untuk panduan langkah-demi-langkah: https://www.youtube.com/embed/8X6Qe7MpvBk.

 

e-AmPayDay

  1. Untuk fail payroll, sila tekan Upload > Salary dan muat naik fail untuk memproses pembayaran.

 

2. Untuk fail statutori, sila tekan Upload > EPF / SOCSO / IRB (LHDN) untuk memuat naik fail pembayaran.

 

 

3. Setelah fail pembayaran telah berjaya dimuat naik, anda akan dapat melihat pada ruangan Upload Status bertukar kepada “Uploaded”.

 

Streamline your payroll for FREE!

Experience seamless payroll management at no cost! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.