Kami sedang memindahkan semua pengguna dari PayrollPanda versi lama ke versi baharu untuk memberikan akses kepada ciri-ciri yang dinaiktarafkan, termasuk:

  • Memuat naik item payroll secara pukal
  • Mengedit profil para pekerja secara pukal
  • Penjanaan fail bank berasingan untuk sesetengah pekerja atau pembayaran 
  • Penjanaan borang pekerja bagi pekerja yang berhenti kerja seperti borang CP21/CP22/CP22A/TP3
  • Kemudahan menetapkan kitaran payroll yang berbeza

Sistem PayrollPanda versi baharu menjamin prestasi yang lebih baik, menjadikannya sesuai untuk penggunaan syarikat dari semua saiz dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Artikel ini merangkumi:


A summary of payroll, highlighting bank files to be exported and payslips to be published

Apa yang dipindahkan?

  1. Butiran serta polisi syarikat
  2. Butiran pekerja
  3. Butiran cuti (jika terpakai)
  4. Akaun pekerja (jika terpakai)

Bagaimana perpindahan ini mempengaruhi syarikat anda?

Terhadap majikan

  • Butiran log masuk: Setelah akaun anda dipindahkan, anda dikehendaki untuk menetapkan semula kata laluan bagi akaun versi baharu dengan menggunakan e-mel log masuk yang sama seperti akaun lama anda.
  • Pengurusan e-Cuti: Sekiranya anda telah menggunakan ciri pengurusan cuti kami di versi lama, butiran cuti syarikat anda akan dipindahkan secara automatik ke Jibble.
  • Maklumat akaun versi lama: Selepas perpindahan akaun, anda masih boleh mengakses akaun lama anda untuk melihat data untuk tahun 2024 dan tahun-tahun sebelumnya serta untuk menjana borang E dan EA 2024 anda.

Terhadap pekerja

  • Akaun pekerja: PayrollPanda versi baharu ini diintegrasikan dengan Jibble untuk cuti dan kehadiran. Pekerja anda juga boleh memuat turun slip gaji mereka melalui aplikasi Jibble
  • Maklumat akaun lama: Pekerja anda masih mempunyai akses kepada akaun PayrollPanda lama mereka untuk melihat slip gaji mereka yang terdahulu. 

Pengebilan dan langganan

  • Kitaran langganan anda bagi akaun versi baharu akan kekal sama seperti langganan di akaun lama anda.
  • Berbeza dengan versi lama, invois di versi baharu tidak bergantung kepada payroll tertentu. Anda akan diinvois pada tarikh pengebilan anda (sama ada langganan bulanan atau tahunan) berdasarkan bilangan pekerja aktif dalam akaun anda. Anda mempunyai 14 hari untuk menyelesaikan sebarang invois agar langganan anda kekal aktif.
  • Anda boleh menjalankan sebarang payroll yang tersedia semasa langganan anda aktif. Jika anda perlu menambah lebih ramai pekerja, anda akan dibilkan untuk tempat duduk tambahan sama ada untuk bulan semasa (langganan bulanan) atau untuk bilangan bulan yang berbaki dalam kitaran tahunan anda (langganan tahunan).
  • Pembayaran kad kredit tersedia dalam PayrollPanda versi baharu. Hubungi pasukan customer success kami melalui sembang langsung dalam akaun baharu anda jika anda ingin mengaktifkan pengumpulan kad kredit untuk akaun anda selepas memasukkan butiran kad kredit anda di tab Subscription Settings.

Mulai PayrollPanda versi baharu

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PayrollPanda versi baharu, rujuk sumber berikut:

  • Pendaftaran webinar: Webinar mingguan akan dianjurkan bagi menunjukkan ciri PayrollPanda baharu. Anda boleh mendaftar untuk webinar di sini – Sertai Webinar.
  • Panduan sistem: Rakaman demo PayrollPanda versi baharu Tonton di sini.

Streamline your payroll for FREE!

Experience seamless payroll management at no cost! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2025 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.