Bagaimanakah cara untuk saya membayar Cukai HRDF?

1. Sila daftar masuk ke e-TRiS system melalui Portal HRDF

2. Masukkan nama pengguna (MyCoID) dan kata lalu kemudian tekan login

3. Tekan “Application

4. Tekan “Levy

5. Tekan “Form 2 E-Slip

6. “Payment Type

  • Levy *(Pilih pembayaran untuk “Levy”)
  • Arrears
  • Interest

7. Isikan maklumat yang diperlukan di halaman “Levy Payment Information”:

  • Payment Type (Levy)
  • Payment Levy For The Month
  • Number of Employees (xxx)
  • Total Wages (RMxxx)
  • Total Levy to Be Paid RM [Auto Calculate]

8. Tekan “NEXT” untuk pergi ke halaman “PAYMENT TO BE MADE

  • Sila semak maklumat pada halaman “PAYMENT INFORMATION
  • Tekan “NEXT”

9. Sila tandakan “PAYMENT DETAIL” & isikan maklumat “DECLARATION”:

  • Nama pegawai bertugas
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Jawatan
  • Alamat Email

10. Pilih “PAYMENT METHOD”. Terdapat 3 jenis pembayaran yang boleh dilakukan:

  • Tekan “ONLINE PAYMENT
    • Pilih perbankan anda:
      • Public Bank Berhad (PBB)
      • RHB Bank Berhad
      • MEPS FPX (Arahan daripada sistem bank disediakan)
  • Tekan “JomPAY” (PSMB Biller Code adalah 4044)
    • Tekan “PRINT JomPAY SLIP”
    • Pembayaran melalui JomPAY boleh dilakukan melalui 2 kaedah:
      • Melalui pembayaran di atas talian daripada mana-mana bank yang tersenarai dibawah JomPAY; atau
      • Pembayaran melalui mana-mana mesin ATM menggunakan akaun debit di bank yang terpilih.
  • Tekan “MANUAL PAYMENT
    • Tekan “PRINT E-SLIP”
      •  Cetak e-SLIP dan sila lampirkan slip tersebut bersama cek untuk membuat pembayaran di bank.
      • Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran secara manual, sila rujuk di sini.

Bilakah saya perlu membayar Cukai HRDF?

Majikan yang gagal menghantar pembayaran pada atau sebelum 15 hari bulan, bulan berikutnya (jika hari ke-15 adalah hari cuti, tarikh akhir akan menjadi hari kerja terakhir sebelum 15 hari bulan) boleh didenda dan/atau dipenjarakan.

Denda tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya. Penalti pembayaran lewat sebanyak 10% akan dikenakan ke atas jumlah yang masih terhutang.

Jom hadiri kelas payroll boleh dituntut HRDF 100% kami dan dapatkan PayrollPanda secara PERCUMA!

Streamline your payroll for FREE!

Experience seamless payroll management at no cost! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.