PayrollPanda akan menetapkan kadar caruman statutori yang betul berdasarkan maklumat peribadi yang dimasukkan dalam profil pekerja. Tetapan statutori ini juga akan dikemaskini secara automatik pada bulan selepas pekerja mencecah 18 atau 60. Pekerja yang Worker status ditetapkan kepada Self-employed tidak akan tertakluk kepada sebarang caruman statutori, melainkan KWSP, SOCSO atau SIP diaktifkan secara khusus bagi pekerja berkenaan.

PCB

Kadar cukai pendapatan bergantung kepada status pemastautin pekerja, dimana ia berdasarkan bilangan hari pekerja berada secara fizikal di Malaysia. Anda boleh menetapkan Residential status pekerja dalam profil mereka.

  • Sekiranya pekerja itu bukan pemastautin, mereka akan dicukaikan pada 30% kadar rata dan tidak  layak untuk sebarang potongan cukai yang dinikmati oleh pemastautin.
  • Jika anda dianggap sebagai pemastautin, anda akan dikenakan cukai pada kadar skala 0% hingga 30% bergantung kepada pendapatan anda.

KWSP

Tarikh lahir dan kewarganegaraan pekerja (serta status pemastautin tetap bagi warga asing) menentukan kadar caruman KWSP pekerja dan majikan yang akan mereka carum.

Kadar caruman perlulah berdasarkan jumlah caruman bagi setiap julat gaji yang dinyatakan dalam Jadual Caruman KWSP. Bagi gaji yang melebihi RM20,000, peratusan tepat perlu digunakan, serta sebarang caruman termasuk sen hendaklah dibundarkan kepada nilai ringgit berikutnya.

SOCSO

Kategori SOCSO ditentukan berdasarkan tarikh lahir pekerja.

Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan:

  • Pekerja berusia kurang daripada 60 tahun mencarum di bawah kategori ini, melainkan mereka mula mencarum pada usia 55 tahun atau ke atas.
  • Di bawah kategori ini, majikan mencarum pada kadar 1.75% daripada gaji pekerja sehingga nilai maksima sebanyak RM69.05, dan pekerja mencarum pada kadar 0.5% sehingga nilai maksima sebanyak RM19.75.

Skim Bencana Pekerjaan:

  • Kategori ini untuk pekerja yang berusia 60 tahun dan ke atas.
  • Kategori ini juga terpakai kepada pekerja yang mula mencarum SOCSO pada usia 55 tahun dan ke atas.
  • Untuk pekerja yang diinsuranskan yang menerima pencen ilat semasa masih bekerja, dan menerima kurang daripada satu pertiga daripada gaji bulanan purata mereka sebelum keilatan.
  • Di bawah kategori ini, majikan mencarum pada kadar 1.25% daripada gaji pekerja sehingga nilai maksima RM49.40. Tiada caruman pekerja untuk katagori ini.

Jumlah caruman SOCSO perlu ditentukan berdasarkan jadual Akta Keselamatan Sosial Pekerja Akta 1969 (Akta 4).

SIP

Maklumat seperti tarikh lahir, kewarganegaraan serta status pemastautin tetap menentukan sama ada pekerja tertakluk kepada SIP.

Semua pekerja warganegara Malaysia dan pemastautin tetap berusia antara 18 dan 60 tahun mesti mencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP). Pekerja berusia antara 57 dan 60 tahun yang tidak pernah mencarum SIP adalah terkecuali. Pekerja asing tidak dilindungi di bawah SIP.

Kadar caruman SIP pekerja dan majikan adalah 0.2% daripada gaji bulanan sehingga nilai maksima RM9.90 dan ia perlu ditentukan berdasarkan jadual Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800).

HRDF

Hanya pekerja Malaysia yang bekerja sepenuh masa sahaja termasuk dalam pengiraan levi HRDF. Oleh itu, sama ada seseorang pekerja disertakan bagi tujuan HRDF akan bergantung kepada kewarganegaraan yang ditetapkan dalam tab Profile dan Worker status dalam tab Employment pekerja. HRDF tidak akan dikira bagi pekerja yang Worker status mereka ditetapkan sebagai Part-time.

Sila pastikan anda telah menetapan kadar levi dan kategori pendaftaran yang sesuai di Settings > Company Settings > Statutory Information > HRDF:

  • Majikan yang mempunyai 5 hingga 9 orang pekerja Malaysia sepenuh masa (sama ada tetap, kontrak atau sementara) perlu mendaftar di bawah kategori pilihan dan mencarum pada kata 0.5%.
  • Majikan yang mempunyai 10 orang atau lebih pekerja Malaysia sepenuh masa (sama ada tetap, kontrak atau sementara) perlu mendaftar di bawah kategori mandatori dan mencarum pada kata 1%.

Sila ambil perhatian bahawa di bawah peraturan HRDF, jika anda mendaftar di bawah kategori pilihan, sebaik sahaja bilangan pekerja yang layak mencapai 10 orang, anda mesti terus mencarum pada kadar 1% untuk sepanjang tahun kalendar walaupun bilangan pekerja anda berkurangan menjadi kurang daripada 10 pekerja pada akhir tahun. Anda hanya boleh mengurangkan kadar levi kepada 0.5% semula pada bulan Januari berikutnya jika bilangan pekerja anda masih di bawah 10 orang. Majikan yang mendaftar di bawah kategori mandatori mesti terus mencarum pada kadar 1% walaupun bilangan pekerja mereka kurang daripada 10 pekerja. Mereka perlu membatalkan pendaftaran untuk berhenti mencarum.

Streamline your payroll for FREE!

Experience seamless payroll management at no cost! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.