Sila log masuk ke portal i-Akaun majikan anda.
1. Gunakan nombor KWSP majikan sebagai ID Pengguna dan masukkan kata laluan anda untuk log masuk.
2. Di belah kiri halaman, pilih Contribution Payment dan kemudian Submit Contributions.
3. Anda perlu memilih bulan caruman yang betul.
PENTING: Sila ambil perhatian bahawa caruman KWSP sentiasa satu bulan lebih AWAL, cth: jika anda menjalankan payroll untuk bulan Mei 2020, maka bulan caruman anda hendaklah pada bulan Jun 2020.
4. Kemudian, pilih Upload file (TXT/CSV) dan muat naik fail EPF.csv ke portal KWSP.
5. Setelah memuat naik fail tersebut, klik Upload dan Next.
6. Senarai pekerja berserta jumlah caruman mereka akan terpapar, sila skrol ke bawah dan klik I confirm that: dan Next.
7. Langkah terakhir, anda perlu memilih kaedah pembayaran:
-
Anda boleh memilih untuk membayar terus melalui laman web bank (kini hanya tersedia untuk pelanggan Maybank).
-
Anda boleh melakukan pembayaran melalui FPX.
-
Anda boleh melakukan pembayaran melalui debit secara langsung (hanya untuk majikan yang telah mendaftar DDA).
-
Anda boleh membuat pembayaran di kaunter KWSP/Bank.
Anda boleh rujuk artikel ini untuk langkah pembayaran KWSP.
Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori secara automatik dan memudahkan proses payroll anda. Tempah demo sekarang untuk maklumat lanjut.