Anda boleh menjana laporan payroll di bawah Reports > Payroll dan pilih date range.
Anda juga boleh menapis laporan mengikut location, department, atau kriteria lain seperti salary type. Ciri menapis laporan hanya tersedia untuk pelan Pro.
Klik Download di bahagian bawah halaman untuk memuat turun fail excel yang akan mengandungi jumlah keseluruhan serta pecahan bulanan. Kemudahan untuk memuat turun laporan hanya terdapat pada pelan Pro.
Sila ambil maklum bahawa laporan payroll mengandungi data daripada payroll yang diluluskan sahaja. Jika anda mula menggunakan PayrollPanda pada tahun tersebut dan ingin melihat jumlah tahun hingga tarikh dan pecahan bulanan termasuk data slip gaji untuk beberapa bulan sebelum menjalankan payroll dengan PayrollPanda, pergi ke Employees > Bulk Upload > Upload YTD Data dan muat turun templat YTD yang mempunyai semua data year-to-date yang telah diisi untuk semua pekerja anda. Kemudahan muat naik pukal ini hanya tersedia untuk pelan Pro.