Levi HRDF ialah bayaran levi yang dikutip untuk tujuan latihan pekerja dan peningkatan kemahiran. Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia (sama ada tetap, kontrak atau sementara) diwajibkan mendaftar, manakala pekerja yang mempunyai 5 hingga 9 pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia mempunyai pilihan untuk mendaftar.
Untuk aktifkan levi HRDF, pergi ke Settings > Company Settings > Statutory Information dan klik ikon pensel. Anda boleh pilih kadar 0.5% atau 1%. Jika anda memilih kadar 1% anda harus memilih sama ada anda pada asalnya mendaftar dengan HRDCorp di bawah kategori pilihan atau wajib.
Majikan dengan 5 hingga 9 pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia boleh mendaftar di bawah kategori pilihan dan mencarum pada kadar 0.5%. Sila ambil perhatian bahawa di bawah peraturan HRDF, jika anda mendaftar di bawah kategori pilihan, sebaik sahaja anda mencapai 10 pekerja Malaysia, anda mesti terus mencarum pada kadar 1% untuk sepanjang tahun walaupun bilangan pekerja anda berkurang kepada bawah 10 pekerja pada tahun tersebut.
Majikan yang mempunyai 10 atau lebih pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia perlu mendaftar di bawah kategori wajib dan mencarum pada kadar 1%, walaupun bilangan pekerja mereka menjadi kurang daripada 10 pekerja pada bulan-bulan seterusnya. Mereka perlu membatalkan pendaftaran untuk berhenti membayar levi.
Gaji pekerja sambilan, pelatih dan pekerja bukan warganegara Malaysia tidak termasuk dalam pengiraan levi, kerana hanya pekerja warganegara Malaysia sepenuh masa tertakluk kepada HRDF.
Caruman HRDF dikira berdasarkan gaji pokok ditambah sebarang elaun tetap, kecuali elaun perjalanan. Dalam PayrollPanda, sebarang elaun yang ditambah sebagai item gaji berulang dalam profil pekerja akan ditambah kepada gaji tertakluk kepada HRDF, kecuali :
- Travel/Petrol Allowance (Official Duties)
- Travel/Petrol Allowance (Records Kept For 7 Years)
- Parking Allowance
- Internship Allowance
Jika item gaji khas dibuat di bawah kategori Allowances dan ditambahkan pada profil pekerja sebagai item gaji berulang, item itu juga akan disertakan dalam pengiraan. Jika anda mempunyai elaun berulang bulanan yang tidak tetap dan anda tidak mahu ia dimasukkan dalam pengiraan HRDF, anda harus membuat item gaji khas di bawah kategori Other Perquisites dan bukannya kategori Allowances. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai item gaji berulang bulanan, lihat artikel ini.
Sila ambil perhatian bahawa item gaji berikut akan menjejaskan pengiraan HRDF:
- Item Tambahan Gaji: Leave Pay, Advance Payment, Arrears of Salary, Arrears of Wages dan Additional Salary.
- Item Penolakan Gaji: Unpaid Leave, Advance (Payment Made via payroll) dan Salary Adjustment.
Jika anda ingin menambah amaun HRDF anda sendiri untuk setiap pekerja, anda boleh menggunakan item potongan gaji pratetap kami Employer HRDF Levy (Custom).
Contoh pengiraan levi HRDF:
Jika anda mencarum 1% dan pekerja anda memperoleh gaji pokok RM3,000 ditambah elaun tetap RM250, pengiraan untuk levi HRDF adalah seperti berikut:
(RM3,000 + RM250) * 1% = RM32.50