Jika payroll pertama anda dalam PayrollPanda adalah selepas payroll Januari, anda perlu memasukkan mana-mana data slip gaji tahun semasa untuk gaji yang dibayar oleh syarikat anda untuk setiap pekerja sebelum menjalankan payroll untuk memastikan pengiraan PCB yang tepat dan melengkapkan borang E/EA.
Anda boleh menambah data slip gaji sebelumnya secara individu dalam profil setiap pekerja, atau anda boleh menggunakan fungsi muat naik pukal untuk mengemas kini data untuk beberapa orang pekerja sekaligus.
Pekerja individu
Pergi ke tab Payroll dalam profil pekerja dan klik pada Monthly YTD Data.
Masukkan butiran gaji asas, dan tambahkan lajur untuk sebarang item gaji lain yang dibayar kepada pekerja anda atau dipotong daripada gaji pekerja anda. Caruman yang dimasukkan hendaklah caruman pekerja sahaja.
Muat naik pukal untuk berbilang pekerja
Setelah semua profil pekerja anda telah dicipta, anda boleh memuat naik secara pukal data slip gaji mereka yang terdahulu. Klik pada Employees > Bulk Upload > Upload YTD Data. Kemudahan muat naik pukal ini hanya tersedia untuk pelan Pro.
Muat turun templat dan masukkan data slip gaji tahun semasa untuk gaji yang dibayar oleh syarikat anda untuk semua pekerja. Sebaik sahaja anda telah mengisi fail templat, muat turunnya sebagai CSV.
Kemudian klik Next dan muat naik fail CSV dengan data slip gaji anda sebelum ini. Anda perlu semak data sebaik sahaja fail telah dimuat naik.
Sebaik sahaja anda telah memasukkan data slip gaji sebelumnya dalam profil pekerja anda, kami mengesyorkan anda mengunci payroll untuk beberapa bulan sebelum payroll pertama anda dalam PayrollPanda atas sebab yang dinyatakan dalam artikel ini.