Setiap majikan, dan juga setiap syarikat tidak kira sama ada mereka mempunyai pekerja atau tidak, hendaklah mengemukakan borang E kepada LHDN. Gagal berbuat demikian akan menyebabkan LHDN mengambil tindakan terhadap pengarah syarikat.

Borang E 2023 mesti diserahkan oleh semua syarikat serta majikan selewat-lewatnya pada 20 April 2024. Tarikh akhir sebenar ialah 31 Mac 2024 tetapi anda mendapat tempoh tangguh selama 1 bulan untuk memfailkan dalam talian. Pemfailan dalam talian adalah satu-satunya pilihan yang tersedia tahun ini, jadi anda mempunyai tempoh sehingga 30 April untuk membuat penyerahan.

Untuk pemfailan lengkap, anda mesti memfailkan kedua-dua borang E serta CP8D anda (penyata saraan dan potongan pekerja).

Bagaimana hendak menyerahkan Borang E melalui e-Filing

  1. Sila pergi ke portal MyTax.MyTax portal
  2. Log masuk dengan memilih ID Type anda dan masukkan nombor ID dan kata laluan anda.Identification type on MyTax portalLogin to MyTax portal
  3. Setelah log masuk, klik pada menu Role Selection dan pilih Employer atau Employer Representative, kemudian klik pada nama perniagaan/syarikat yang ingin anda serahkan borang E.  Jika kedua-dua peranan tidak muncul, anda boleh rujuk pada artikel ini untuk mengetahui bagaimana untuk memohon.Role selection on MyTax portalEmployer selection on MyTax portal
  4. Kemudian, pergi ke menu EzHasil Services dan pilih e-Data Praisi/e-CP8D untuk menyerahkan CP8D anda dahulu.Selecting e-Data Praisi/e-CP8D from EzHasil Services menu
  5. Klik pada Submission of CP8D.
    Submission of CP8D
  6. Anda mempunyai pilihan untuk mengisi butiran pekerja melalui borang dalam talian atau anda boleh memuat naik fail txt CP8D yang dijana oleh PayrollPanda.Selecting admission method for CP8D
  7. Jika anda memilih Submission of CP8D (through online form), anda perlu mengisi butiran peribadi dan saraan semua pekerja anda seperti yang ditunjukkan di bawah.Filling in employee details and remuneration for CP8D
    Employee details and benefits for CP8D
  8. Jika anda memilih Upload CP8D, anda boleh memuat naik fail txt CP8D yang dijana oleh PayrollPanda. Memandangkan fail txt mengandungi semua butiran peribadi dan saraan pekerja yang diperlukan, anda tidak perlu memasukkannya satu per satu melalui borang dalam talian.Upload file CP8D
  9. Setelah memuat naik fail, maklumat saraan semua pekerja anda akan dipaparkan supaya anda boleh membuat semakan sama ada maklumat tersebut betul.Employee details shown after uploading CP8D
  10. Anda boleh klik pada Confirm & Submit setelah anda menyemak semua maklumat.Confirm and submit CP8D
  11. Anda kemudiannya akan menerima pengakuan penyerahan CP8D anda, yang boleh anda cetak atau muat turun dengan klik pada Print Confirmation.Acknowledgement of CP8D on MyTax
  12. Anda kini telah menghantar CP8D anda, anda boleh meneruskan dengan pemfailan borang E. Pergi kembali ke menu ezHasil Services dan klik pada e-Filing.Selecting e-filing on ezHasil Services
  13. Klik pada e-Form.
    Selecting e-Form on MyTax
  14. Pilih tahun taksiran 2023.2023 e-Form assessment
  15. Klik pada Teruskan.
  16. The form switches to BM, but you can switch back to English if preferred by clicking on EN at the top right of the page. Borang bertukar kepada BM, tetapi jika anda ingin menukarkan ia kembali bahasa Inggeris, sila klik EN di bahagian atas sebelah kanan halaman.
  17. Isikan sebarang butiran syarikat yang masih kosong dan klik pada Next.Filling in company details for e-Form submission
  18. Masukkan butiran bilangan pekerja pada akhir tahun dan nombor lain seperti pekerja baharu atau pekerja yang telah keluar pada tahun tersebut, serta bilangan pekerja tertakluk kepada PCB. Anda boleh merujuk kepada pdf borang E yang dijana oleh PayrollPanda untuk mengisi nombor tersebut kerana ia telah disusun secara automatik untuk anda.Filling in number of employees for Form-e submission
  19. Klik pada Next.
  20. Akhir sekali, sila masukkan jawatan anda dan klik pada Sign & Send.Entering employer designation and submitting Form e
  21. Untuk turunkan tanda tangan, masukkan nombor ID serta kata laluan MyTax anda.Entering ID and password to sign Form e submission
  22. Anda akan menerima pengakuan penyerahan Borang e anda dan anda boleh memuat turun kedua-dua pengakuan dan e-E.Acknowledgement of e-Form submission

Anda menghadapi kesukaran dalam memproses payroll? Kami sedia membantu. Tempah demo bersama kami sekarang.

FAQs

Some frequently asked questions...

Form E must be submitted by 31 March of the following year.  Employers have an additional 1-month grace period until 30 Apr if filing for online filing.

Failing to submit Form E by the due date may lead to LHDN taking action against the company’s directors, including a fine ranging from RM200 to RM20,000 or imprisonment for a term not exceeding 6 months, or both.

All employers must file form E and the CP8D txt file online via MyTax. 

Streamline your payroll for FREE!

Experience seamless payroll management at no cost! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.