Item Payroll Berulang Setiap Bulan
Item payroll berulang setiap bulan adalah item seperti elaun, komisen atau kerja lebih masa yang dibayar secara bulanan, sama ada amaunnya tetap ataupun berbeza dari bulan ke bulan. Adalah penting untuk meletakkan item yang dibayar secara bulanan sebagai item payroll berulang setiap bulan bagi memastikan PCB tidak terkurang dibayar.
Cara menambah item payroll bulanan:
Pergi ke tab Employment dalam profil pekerja dan pilih item payroll yang anda ingin letakkan di bahagian Recurring Payroll Items.
Anda boleh memilih sama ada item tersebut diprorata apabila pekerja mula/berhenti kerja daripada syarikat anda, dan sama ada item tersebut perlu diambil kira dalam gaji untuk pengiraan cuti tanpa gaji, kerja lebih masa atau bayaran cuti. Anda boleh masukkan amaun tetap atau biarkan amaun itu kepada 0 jika amaun berbeza setiap bulan (anda perlu masukkan amaun tersebut pada jadual payroll setiap bulan)
- Sebagai alternatif, anda boleh menambah item payroll berulang setiap bulan semasa menjalankan payroll. Di Run Payroll, klik pada logo pensel untuk mengedit item payroll berulang setiap bulan bagi pekerja tertentu, kemudian pilih item payroll yang anda mahu tambah dan klik pada ikon Recurring untuk memastikan item itu dianggap sebagai item payroll berulang setiap bulan dalam pengiraan PCB. Item gaji juga akan ditambah secara automatik ke senarai Recurring Payroll Items dalam profil pekerja.
Lihat artikel ini untuk mengetahui cara memuat naik item payroll bulanan secara pukal untuk berbilang pekerja: Bagaimana hendak memuat naik item bulanan secara pukal?*.
Item Payroll Tambahan
Jika anda ingin menambah item payroll yang mana ia tidak dibayar secara bulanan, seperti bayaran bonus suku tahunan/tahunan, maka anda perlu tambahkan item tersebut pada jadual payroll semasa menjalankan payroll anda. Klik pada logo pensel untuk mengedit item payroll bagi pekerja tertentu dan pilih item payroll yang anda ingin tambahkan. JANGAN klik pada ikon Recurring untuk item payroll tambahan. The employee may overpay PCB if additional items are added as recurring. Pekerja mungkin terlebih bayar PCB jika item payroll tambahan ditambah sebagai item payroll berulang setiap bulan.
Lihat artikel ini untuk mengetahui cara memuat naik item payroll tambahan secara pukal untuk berbilang pekerja: Bagaimana hendak memuat naik maklumat payroll secara pukal ke payroll bulanan anda?*.
*Kemudahan muat naik pukal ini hanya tersedia pada pelan Pro.