Potongan CP38 hanya dikenakan apabila LHDN memerintahkan majikan untuk melaksanakan potongan cukai tambahan dalam bentuk ansuran bulanan daripada gaji pekerjabagi melangsaikan cukai yang belum dibayar pada tahun-tahun sebelumnya.
Memandangkan potongan biasanya perlu dibuat selama beberapa bulan, anda boleh menambah item potongan praset kami CP38 (Tax Deduction Order) sebagai item gaji bulanan dalam tab Employment pada profil pekerja. Item potongan boleh didapati di bawah kategori Payroll Deductions.
Amaun CP38 amount tersebut tidak akan ditambah kepada jumlah PCB tetapi ia akan muncul di dalam fail statutori PCB serta fail bank untuk serahan dan pembayaran kepada LHDN.