Caruman statutori perlu dibayar apabila sesuatu pembayaran dibuat. Oleh itu, jika anda memberikan gaji pendahuluan kepada pekerja melalui payroll, bayaran tersebut hendaklah tertakluk kepada caruman statutori yang berkenaan.
Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item Advance Payment untuk membayar pendahuluan kepada pekerja anda. Advance Payment tertakluk kepada semua caruman statutori.
Potongan Pendahuluan (jika pendahuluan dibuat melalui payroll)
Anda telah memberikan sejumlah pendahuluan kepada pekerja anda melalui payroll dan kini anda ingin menolak jumlah bayaran pendahuluan tersebut pada bulan seterusnya. Oleh kerana caruman statutori telah dipotong daripada bayaran pendahuluan, potongan bayaran balik pendahuluannya kini sepatutnya mengurangkan gaji yang tertakluk kepada caruman statutori.
Sebagai contoh, jika anda memberikan pendahuluan sebanyak RM500 kepada pekerja pada bulan Mei dan kini anda ingin memotong jumlah pendahuluan daripada gaji Jun mereka, pekerja anda harus membayar caruman berdasarkan gaji berjumlah RM2,500 (RM2,000 + RM500) pada payroll Mei, manakala RM1,500 (RM2,000 – RM500) pada payroll Jun.
Di Payroll Panda, anda boleh menggunakan item potongan Advance (Payment Made via Payroll) untuk memotong amaun pendahuluan yang telah dibayar kepada pekerja anda melalui payroll. Advance (Payment Made via Payroll) mempengaruhi semua caruman statutori dengan merendahkan gaji yang tertakluk kepada caruman.
Potongan Pendahuluan (jika pendahuluan dibuat melalui tunai)
Jika pendahuluan dibuat secara tunai dan diluar daripada payroll, sama ada pada bulan lepas atau bulan semasa tanpa memotong caruman statutori untuk bayaran pendahuluan tersebut, dan anda kini ingin memotong jumlah pendahuluan itu melalui payroll, maka jumlah pendahuluan tersebut haruslah ditolak daripada gaji bersih pekerja itu tanpa mengurangkan caruman statutorinya (kerana tiada caruman statutori yang ditolak dari pembayaran pendahuluan).
Menggunakan contoh yang sama, jika anda memberikan RM500 tunai kepada pekerja anda pada bulan Mei dan ingin memotong jumlah tersebut pada payroll bulan Jun, maka pekerja anda perlu membayar caruman statutori berdasarkan gaji normalnya iaitu RM2,000.
Di Payroll Panda, anda boleh menggunakan item Net Salary Deduction atau Loan untuk menolak jumlah pendahuluan yang dibayar secara tunai kepada pekerja anda.