PayrollPanda akan menetapkan kadar yang betul untuk caruman statutori berdasarkan butiran peribadi yang dimasukkan dalam profil pekerja. Tetapan statutori juga dikemas kini secara automatik pada bulan selepas pekerja berusia 18 atau 60 tahun.
PCB
Kadar cukai pendapatan bergantung kepada status pemastautin pekerja, yang mana ia bergantung kepada bilangan hari mereka berada di Malaysia. Anda boleh menetapkan Residential status dalam profil mereka.
- Jika pekerja bukan pemastautin, mereka akan dikenakan cukai pada kadar rata 30% dan tidak layak mendapat sebarang potongan yang dinikmati oleh pemastautin.
- Jka anda adalah pemastautin, anda akan dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala 0% hingga 30% bergantung kepada pendapatan anda.
KWSP
Date of birth dan Nationality pekerja (serta status pemastautin tetap bagi warga asing) menentukan kadar KWSP pekerja dan majikan yang akan mereka carum.
Caruman sebenar hendaklah berdasarkan amaun caruman bagi setiap julat gaji yang dinyatakan dalam Jadual KWSP. Bagi gaji yang melebihi RM20,000, peratusan yang tepat harus digunakan, dengan sebarang caruman termasuk sen dibundarkan kepada ringgit seterusnya.
SOCSO
Kategori SOCSO ditentukan berdasarkan Date of birth dan Nationality pekerja (serta status pemastautin tetap bagi warga asing).
Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan:
- Pekerja yang berumur di bawah 60 tahun mencarum di bawah kategori ini, melainkan mereka mula mencarum pada umur 55 tahun ke atas.
- Di bawah kategori ini, majikan mencarum pada kata 1.75% daripada gaji bulanan pekerja sehingga nilai maksimum RM69.05, manakala caruman pekerja pula pada kata 0.5% sehingga nilai maksimum RM 19.75.
Skim Bencana Pekerjaan:
- Untuk pekerja yang berusia 60 dan ke atas.
- Untuk pekerja yang mula mencarum SOCSO pada usia 55 tahun dan ke atas.
- Bagi pekerja yang berinsurans yang menerima pencen ilat semasa masih bekerja, dan menerima kurang daripada satu pertiga daripada purata gaji bulanan mereka sebelum ilat
- Untuk pekerja warga asing.
- Di bawah kategori ini, majikan mencarum pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan, sehingga nilai maksimum RM49.40. Caruman pekerja tiada.
Amaun caruman SOCSO perlu ditentukan berdasarkan jadual Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4).
SIP
Semua rakyat Malaysia dan pemastautinan tetap yang berusia antara 18 hingga 60 tahun perlu mencarum kepada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). Pekerja yang berusia antara 57 dan 60 tahun dan yang tidak pernah menyumbang kepada SIP adalah dikecualikan. Pekerja asing tidak dilindungi di bawah SIP.
Caruman SIP pekerja dan majikan masing-masing ditetapkan pada kadar 0.2% daripada gaji bulanan sehingga nilai maksimum RM9.90. Amaun caruman hendaklah ditentukan berdasarkan jadual Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800).
HRDF
Hanya pekerja tempatan sepenuh masa dimasukkan dalam pengiraan levi HRDF. Oleh itu, sama ada pekerja anda termasuk dalam pengiraan HRDF adalah bergantung kepada Nationality yang ditetapkan dalam tab Profile mereka serta Worker status dalam tab Employment mereka. Pekerja yang Worker status mereka ditetapkan sebagai Intern, Self-employed atau Part-time tidak akan mempunyai pengiraan HRDF.
Pastikan anda telah menetapkan kadar levi dan kategori pendaftaran yang bersesuaian di bawah Settings > Company Settings > Statutory Information > HRDF:
- Majikan yang mempunyai 5 hingga 9 orang pekerja warganegara Malaysia sepenuh masa (sama ada pekerja tetap, kontrak atau sementara) perlu berdaftar di bawah kategori pilihan dan mencarum pada kadar 0.5%.
- Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang atau lebih pekerja tempatan sepenuh masa (sama ada pekerja tetap, kontrak atau sementara) perlu berdaftar di bawah kategori mandatori dan mencarum pada kadar 1%.
Sila maklum bahawa mengikut peraturan HRDF, jika anda mendaftar di bawah kategori pilihan, sebaik sahaja anda mencapai 10 orang yang layak dicarum, anda harus terus mencarum pada kadar 1% untuk sepanjang tahun kalendar walaupun bilangan pekerja anda berkurangan kepada kurang daripada 10 pekerja pada akhir tahun. Anda hanya boleh mengurangkan kadar levi kepada 0.5% sekali lagi pada Januari tahun berikutnya jika bilangan pekerja anda masih di bawah 10 pekerja. Majikan yang mendaftar di bawah kategori mandatori mesti terus mencarum pada kadar 1% walaupun bilangan pekerja mereka kurang daripada 10 pekerja. Mereka harus membatalkan pendaftaran untuk berhenti mencarum.