Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan (Employment Injury and Invalidity Scheme)
-
Semua pekerja yang berusia di bawah 60 tahun mencarum di bawah kategori ini, kecuali mereka hanya mula mencarum pada usia 55 tahun ke atas.
- Mulai 1 Julai 2024, pekerja asing yang berusia 60 ke bawah juga mencarum di bawah kategori ini, kecuali mereka mula mencarum pada usia 55 tahun ke atas.
-
Di bawah kategori ini, setiap bulan, nilai yang dicarumkan oleh majikan berdasarkan gaji bulanan pekerja sehingga nilai maksima RM 86.65, dan pekerja menyumbang sehingga nilai maksima RM 24.75.
Skim Bencana Pekerjaan (Employment Injury Scheme)
-
Bagi pekerja yang berusia 60 tahun ke atas.
-
Bagi pekerja yang mula mencarum kepada SOCSO pada umur 55 tahun ke atas.
-
Bagi mereka yang diinsuranskan menerima pencen ilat semasa masih bekerja, dan menerima kurang daripada satu pertiga daripada purata gaji bulanan mereka sebelum keilatan.
-
Di bawah kategori ini, pekerja tidak mencarum, dan setiap bulan, nilai yang dicarumkan oleh majikan bersamaan dengan 1.25% gaji bulanan pekerja, sehingga nilai maksimum RM 61.90.
Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!