Potongan Cukai
Berikut adalah potongan wajib dan potongan pilihan bagi tahun 2023 yang ditolak daripada pendapatan tahunan yang dikenakan cukai untuk mencapai pendapatan bercukai anda, yang mana jumlah cukai yang perlu dibayar akan dikira berdasarkan jumlah tersebut. Pekerja boleh menuntut potongan pilihan dengan mengemukakan borang TP1 kepada majikan mereka. Majikan kemudiannya boleh memasukkan jumlah potongan cukai dalam payroll untuk merendahkan jumlah PCB pekerja. Di dalam PayrollPanda, semua potongan cukai pilihan boleh didapati di bawah kategori Deductions.
Potongan Wajib
Potongan |
Jumlah terhad kepada (RM) |
Individu Potongan untuk individu dan saudara tanggungan diberikan secara automatik. |
9,000 |
Pasangan Potongan diberikan untuk pasangan yang tinggal bersama pada tahun semasa dengan syarat bahawa pasangan tidak mempunyai sumber pendapatan / jumlah pendapatan atau telah memilih untuk penilaian bersama. |
4,000 |
Anak Maklumat lebih lanjut tentang potongan tambahan berkenaan anak boleh lihat di sini. |
2,000 |
Caruman KWSP Jumlah pemotongan untuk pembayaran caruman kepada KWSP. |
4,000 |
Individu Kurang Upaya Potongan tambahan diberikan kepada orang kurang upaya. |
6,000 |
Pasangan Kurang Upaya Potongan tambahan diberikan kepada individu yang tinggal bersama pasangan yang kurang upaya |
5,000 |
Potongan Cukai Pilihan
Potongan | Jumlah terhad kepada (RM) |
Perbelajaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa Rawatan perubatan, keperluan khas dan perbelanjaan penjaga untuk ibu bapa. Perbelanjaan perubatan yang layak dipotong termasuk:
Tuntutan ini mesti disokong oleh pengamal perubatan bertauliah yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia bahawa keadaan kesihatan ibu bapa memerlukan rawatan perubatan atau keperluan khas atau penjaga. Ibu bapa hendaklah menetap di Malaysia. Perkhidmatan dan rawatan perubatan hendaklah disediakan di Malaysia. Berkenaan dengan penjaga, ia hendaklah dibuktikan dengan perakuan bertulis, resit atau salinan permit kerja penjaga. “Penjaga” tidak termasuk individu, suami, isteri atau anak kepada individu. |
8,000 |
Peralatan Sokongan Asas Pembelian peralatan sokongan untuk kegunaan sendiri, jika individu adalah orang kurang upaya atau untuk kegunaan pasangan, anak atau ibu bapa, yang merupakan orang kurang upaya. Peralatan sokongan asas termasuk mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki tiruan dan alat pendengaran tetapi tidak termasuk lensa optik dan cermin mata. |
6,000 |
Yuran Pengajian (Sendiri) Jumlah yang dibenarkan sebagai pemotongan untuk mana-mana pengajian di institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan bagi tujuan meningkatkan kemahiran atau kelayakan:
Skop pelepasan termasuk perbelanjaan bagi mana-mana kursus pengajian yang dijalankan bagi tujuan peningkatan kemahiran atau peningkatan diri yang dijalankan oleh badan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran sehingga RM2,000 setahun. |
7,000 |
Perbelanjaan Perubatan bagi Penyakit Serius dan Rawatan Kesuburan Perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius termasuk rawatan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS), penyakit Parkinson, barah, gagal ginjal, leukemia dan penyakit lain yang serupa. ‘Penyakit lain yang serupa’ seperti serangan jantung, hipertensi pulmonari, penyakit hati kronik, hepatitis virus fulminan, trauma kepala dengan defisit neurologi, tumor otak atau malformasi vaskular, luka bakaran besar, pemindahan organ utama atau amputasi utama anggota badan. Perbelanjaan perubatan untuk rawatan kesuburan oleh pembayar cukai atau pasangan mereka. Skop pelepasan termasuk perbelanjaan vaksinasi (diri sendiri, pasangan dan anak) sehingga RM1,000. |
8,000 |
Pemeriksaan Perubatan Lengkap Jumlah yang dibelanjakan untuk diri sendiri, pasangan atau anak untuk pemeriksaan perubatan lengkap, termasuk ujian pengesanan COVID-19 (di hospital, klinik atau kit ujian diri) dan pemeriksaan kesihatan mental. Jumlah potongan perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius dan pemeriksaan kesihatan yang lengkap dihadkan kepada maksimum RM8,000 setahun. |
1,000 |
Bayaran Alimoni kepada Bekas Isteri Bayaran alimoni (nafkah) kepada bekas isteri boleh ditolak dengan syarat jumlah potongan isteri yang tiada pendapatan dan bayaran nafkah kepada bekas isteri dihadkan kepada RM4,000 setahun. Bayaran nafkah sukarela kepada bekas isteri di bawah persetujuan bersama tetapi tanpa sebarang perjanjian rasmi tidak layak sebagai potongan. |
4,000 |
Insurans Nyawa Jumlah pemotongan untuk pembayaran premium insuran nyawa. |
3,000 |
Caruman Skim Persaraan Swasta (PRS) dan Pembayaran Anuiti Ditangguhkan Potongan caruman kepada Skim Persaraan Swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 atau pembayaran premium anuiti tertunda atau kedua-duanya. |
3,000 |
Insurans Pendidikan dan Perubatan Potongan premium insurans berkenaan dengan pendidikan atau faedah perubatan untuk individu, suami, isteri atau anak. |
3,000 |
Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Potongan caruman SOCSO dan SIP pekerja. |
350 |
Pelepasan Cukai Gaya Hidup Pelepasan cukai gabungan untuk bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan (Termasuk pembelian surat khabar, telefon pintar dan tablet, langganan internet & yuran keahlian gimnasium) |
2,500 |
Pelepasan Sukan Potongan cukai tambahan untuk peralatan sukan, sewa kemudahan dan yuran pertandingan. |
500 |
Peralatan Penyusuan Potongan pembelian peralatan penyusuan, untuk pembayar cukai wanita sahaja. |
1,000 (sekali setiap 2 tahun) |
Pendidikan Awal Potongan bagi pembayar cukai yang mendaftarkan anak mereka berumur 6 tahun ke bawah di taska dan prasekolah berdaftar. Untuk dituntut oleh mana-mana ibu bapa. |
3,000 |
Perbelanjaan Kemudahan Mengecas Kenderaan Elektrik (EV) Potongan untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan:
|
2,500 |
Rebat Cukai
Tidak seperti potongan cukai yang mana ia adalah pengurangan dalam pendapatan bercukai tahunan anda, rebat cukai pula ialah pengurangan dalam jumlah cukai yang anda bayar selepas pengiraan cukai anda bagi tahun berkenaan.
Rebat Zakat
Zakat boleh ditolak melalui gaji, atau dibayar terus oleh pekerja kepada pihak berkuasa zakat atau badan amal yang berkelayakan (pelepasan cukai kemudian dituntut melalui borang TP1).
Rebat untuk Individu dengan Pendapatan Bercukai tidak melebihi RM35,000
Rebat sebanyak RM400 tersedia untuk individu dengan pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000. Sekiranya pasangan tidak mempunyai pendapatan atau dinilai bersama, rebat tambahan RM400 boleh dituntut.
Rebat pada pelepasan cukai untuk menunaikan Umrah dan Ziarah ke Tanah Suci
Rebat cukai ke atas jumlah levi berlepas yang dibayar semasa mengerjakan Umrah atau Ziarah ke tempat-tempat suci.
Rebat boleh dituntut dua kali seumur hidup dan ia perlu dituntut dengan melampirkan bukti pas penerbangan/kemasukan dan salah satu daripada yang berikut:
(a) Visa umrah yang dikeluarkan oleh kedutaan Kerajaan Arab Saudi; atau
(b) Surat pengesahan menunaikan haji ke tempat suci dari badan keagamaan yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama, Jabatan Perdana Menteri.
Rebat tidak akan diberikan berkenaan dengan levi pelepasan yang dibayar bagi tujuan menunaikan haji.
Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!