Jika anda mula menjalankan payroll menggunakan PayrollPanda pada tahun semasa, kami menyarankan anda untuk mengunci payroll bagi bulan-bulan sebelum bulan payroll pertama anda. Contohnya, jika payroll pertama anda dalam PayrollPanda adalah payroll bulan Jun, anda harus mengunci payroll Januari hingga Mei.

 

Terdapat 2 sebab kenapa anda harus mengunci payroll bulan-bulan sebelumnya:

•  Jika anda memasukkan maklumat terdahulu slip gaji syarikat anda dalam profil pekerja tetapi kemudiannya secara tidak sengaja anda meluluskan payroll bulan-bulan sebelumnya, maklumat terdahulu slip gaji pekerja untuk bulan tersebut akan ditukar kepada maklumat dalam payroll yang diluluskan.
• Apabila anda mengubah maklumat personal atau gaji dalam profile pekerja, mana-mana payroll yang terbuka (yang mana payroll tidak dikunci atau diluluskan) akan dikira semula. Perubahan yang anda lakukan akan disimpan dengan lebih cepat jika anda mengunci mana-mana payroll terdahulu yang tidak akan anda jalankan di dalam sistem.

 

Anda boleh mengunci mana-mana payroll dengan klik pada ikon kunci bagi bulan payroll yang berkenaan di bawah tab Payroll anda.

Klik pada Confirm untuk mengunci payroll anda.

Apabila payroll sudah dikunci, anda dapat melihat ikon kunci muncul sebagai terkunci.

Anda boleh membuka kunci payroll pada bila-bila masa dengan klik pada ikon kunci dan kemudian membuat pengesahan dengan klik pada Confirm.

Ikon kunci akan kembali ditunjukkan sebagai terbuka.

Sebaik sahaja anda mula menjalankan payroll dalam PayrollPanda, anda tidak perlu mengunci payroll yang telah anda luluskan, kerana payroll yang diluluskan tidak boleh diubah suai melainkan ia dibuka semula.

 

 

Streamline your payroll for FREE!

Experience seamless payroll management at no cost! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.