Akaun Managed Payroll (MP) telah direka khas bagi memenuhi keperluan rakan kongsi penyedia payroll kami yang menggunakan PayrollPanda untuk menjalankan payroll untuk pelanggan mereka.
Rakan kongsi akan dijemput untuk mencipta akaun MP Admin di mana mereka akan dapat mengakses syarikat klien mereka dan menerima invois untuk semua syarikat klien tersebut di bawah 1 akaun.
Anda boleh menjemput syarikat sedia ada untuk menyertai akaun MP Admin anda jika anda akan menjalankan payroll untuk mereka. Syarikat tersebut mesti mempunyai langganan bulanan yang aktif untuk menyertai akaun MP Admin anda; syarikat yang mempunyai langganan tahunan tidak boleh ditambah. Jika anda mempunyai pelanggan baru yang belum menggunakan PayrollPanda, anda boleh mencipta akaun untuk syarikat mereka dan kemudian menjemput syarikat tersebut untuk menyertai akaun MP Admin anda.
Sila log masuk ke akaun MP anda dan klik pada Invite Company di bawah tab Companies untuk menjemput syarikat klien anda.
Masukkan emel log masuk syarikat dan klik pada Invite.
Di bawah tab Invitations, anda akan menemui syarikat-syarikat yang telah anda jemput tetapi belum menerima jemputan tersebut. Anda boleh klik pada ikon di bawah untuk menghantar semula atau memadamkan jemputan.
Jemputan melalui emel akan dihantar ke peti masuk emel log masuk syarikat. Klik pada Join Now dan anda akan diminta untuk log masuk menggunakan butiran log masuk syarikat.
Kemudian, taipkan ‘accept‘ dalam kotak yang disediakan dan klik butang Accept.
Sebaik sahaja jemputan diterima, syarikat tersebut akan muncul dalam senarai syarikat dalam akaun MP Admin anda.
Anda akan melihat terdapat 3 butang untuk setiap syarikat di sebelah kanan MpAdmin. Butang ⏸ adalah untuk menghentikan langganan syarikat klien anda supaya anda tidak dikenakan bayaran untuk akaun berkenaan jika anda tidak lagi menjalankan payroll bagi syarikat itu sama ada secara sementara atau kekal, manakala butang ⏹ adalah untuk mengeluarkan syarikat dari akaun MP anda. Butang > membolehkan anda mengakses akaun syarikat.
Di bawah tab Billing, anda boleh klik pada Billing Info untuk mengemas kini butiran pengebilan anda seperti nama dan alamat yang sepatutnya muncul dalam invois anda.
Anda harus klik pada Add a payment method untuk mengemas kini butiran kad kredit anda jika anda mahu pembayaran anda dicaj secara automatik ke kad kredit anda sebaik sahaja invois anda dijana.
Klik pada Invoice untuk menyemak dan memuat turun invois bulanan anda.