Dapatkan artikel komprehensif merangkumi pelbagai aspek sistem PayrollPanda. Daripada panduan permulaan kepada ciri lanjutan, koleksi ini menyediakan maklumat yang berharga untuk mengoptimumkan pengalaman pengurusan penggajian anda.
Bagaimana untuk menjana laporan payroll?
Anda boleh menjana laporan payroll di bawah Reports > Payroll dan pilih date range. Anda juga boleh menapis laporan mengikut location, department, atau kriteria lain seperti salary type. Ciri menapis laporan hanya tersedia untuk pelan Pro. Klik Download di bahagian bawah halaman untuk memuat turun fail excel yang akan mengandungi jumlah keseluruhan serta pecahan bulanan. […]
Apakah fungsi kunci pada tab Payroll saya?
Jika anda mula menjalankan payroll menggunakan PayrollPanda pada tahun semasa, kami menyarankan anda untuk mengunci payroll bagi bulan-bulan sebelum bulan payroll pertama anda. Contohnya, jika payroll pertama anda dalam PayrollPanda adalah payroll bulan Jun, anda harus mengunci payroll Januari hingga Mei. Terdapat 2 sebab kenapa anda harus mengunci payroll bulan-bulan sebelumnya: • Jika anda […]
Saya telah meluluskan payroll saya. Bolehkah saya membuat perubahan?
Ya, anda boleh membuka semula payroll anda dengan menukar status daripada Approved kepada Draft. Sebelum anda membuka semula payroll anda, kami mengesyorkan anda menyimpan Payroll Upload Template untuk payroll yang anda buka semula seperti yang ditunjukkan dalam tangkapan skrin di bawah. Dengan cara itu anda boleh memuat naik semula data gaji anda ke payroll […]
Bagaimana hendak merekodkan kenaikan gaji dalam payroll saya?
Kemaskini gaji baharu Sila pergi ke tab Employment dalam profil pekerja dan klik pada New Salary +. Masukkan gaji baharu pada New Salary / Wage dan pilih tarikh kuat kuasa bagi gaji baharu tersebut. Sekiranya tarikh kuat kuasa bagi gaji baharu jatuh pada pertengahan bulan, gaji sebelum dan gaji baharu akan diproratakan berdasarkan asas pengiraan […]
Bagaimana untuk memasukkan data slip gaji terdahulu daripada syarikat saya?
Jika payroll pertama anda dalam PayrollPanda adalah selepas payroll Januari, anda perlu memasukkan mana-mana data slip gaji tahun semasa untuk gaji yang dibayar oleh syarikat anda untuk setiap pekerja sebelum menjalankan payroll untuk memastikan pengiraan PCB yang tepat dan melengkapkan borang E/EA. Anda boleh menambah data slip gaji sebelumnya secara individu dalam profil setiap pekerja, […]